Jumaat, 13 November 2015

BELAJAR DENGAN ORANG ALIM YANG BIJAK

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul :
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...".
Guru yang alim dan bijak itu menjawab :
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"
Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.
Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.
Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.
Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!
Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!
Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.
Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya..mungkin nak bertanyakan sesuatu.
Beliau mendapati dirinya keseorangan.
Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar-Razzaq (Pemberi rezeki).
"Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri-isteri dari kecelakaan ini ya Allah".
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.
Guru yang bijak terus bersuara :
"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"
Pemuda itu segera menjawab,
"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru aku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku :
"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil".
Gurunya melanjutkan :
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam :
1. Memafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.
2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
3. Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
4. Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian lagi.
Ini semua adalah pemberian dari Allah supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!.
Semoga bermanfaat....
C/p

Selasa, 11 Ogos 2015

                                                     Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
                                                                 Menikmati damai abadi

Ahad, 31 Mei 2015

Tahukah anda sebelum bergelar orang terkaya di China, Jack Ma melalui banyak kegagalan dan penolakan.

Jack Ma

Pemilik syarikat e-commerce terbesar, Alibaba dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $20.4 bilion. 

Beliau gagal ujian kemasukan ke Universiti sebanyak 3 kali. Setelah tamat pengajian, beliau cuba mendapatkan kerja.

Malangnya, 30 buah syarikat langsung tidak menerima beliau termasuklah KFC.

Pada tahun 1998, Jack Ma menubuhkan Alibaba. Syarikat ini tidak mencatatkan sebarang keuntungan pada 3 tahun pertama.

Cabaran utama yang beliau hadapi ialah mengenai transaksi pembayaran. Pada ketika itu tidak ada sebarang bank yang mahu bekerjasama dengan Alibaba.

Oleh sebab itu, Jack Ma bertindak menubuhkan program pembayarannya tersendiri yang dikenali sebagai Alipay.

Namun begitu, tidak ramai yang yakin dengan idea Jack Ma. Malah ada para pelabur yang mengatakan idea ini adalah idea yang paling bodoh.

Beliau tidak pernah berputus asa namun kini Alipay mempunyai lebih 800 juta pengguna.

cnp sentiasapanas
Bismillah...

alhamdulillah...
saya terpanggil utk menulis blog bila melihat banyak info2 berkaitan sesuatu yang lebih serius dalam dunia diterbitkan oleh penulis2 dari indonesia...

semoga dengan semangat baru ini saya akan lebih senang untuk berkarya dan berkongsi pengalaman bersama pembaca...

perkongsian pertama saya adalah...

kejayaan multi billionaire dunia...

JACK MA!!